MERCEDES BENZ C200K UNTUK DIJUAL
Post ini saya buat bagi mengelak untuk menjawab soalan berulang kali dan agar interested buyer yang diluar kawasan dapat mengetahui keadaan kereta dengan lebih jelas.
MERCEDES BENZ C200K ?
- Dibuat pada tahun 2001 dan didaftarkan di Malaysia pada tahun 2006
- Di import dari UK
- Dibina di Kilang Mercedes Benz Stuttgart, German
- Low Mileage 86,*** KM
Pemilik ?
- Dimiliki ibu saya dan hanya dipandu olehnya, orang lain jarang dapat sentuh
- Sepanjang beli hanya 3 kali sahaja dipandu jalan jauh Perlis-Kuala Lumpur selebihnya hanya sekadar pergi balik kerja.
- Sejak dibeli kereta hanya di servis oleh Workshop Specialist Mercedes di Daimler Auto Cycle, Kangar, Perlis.
- Kereta hendak dijual kerana ingin bertukar selera pada SUV.
Masalah ?
- Bab masalah, menipu sangat lah kalau nak cakap kereta berusia hampir 13 tahun ini perfect macam baru keluar kilang macam iklan2 secondhand car dealer di MUDAH.MY tuh.
- Overall keadaan dari segi mekanikal memang dijamin tiada sebarang masalah. Interested buyer boleh test drive puas-puas sebelum beli.
- Masalah utama kereta ini hanyalah pada aircondnya. Bukannya aircond tak sejuk cuma kadang-kadang bunyi angin keluar dari aircond tuh macam agak kuat. Perkara ini hanya berlaku kalau bukak aircond pada level 4-6 max. Kalau bawah pada level tuh memang senyap sunyi. Bagi saya masalahnya lebih pada perasaan irritating diri. Kalau anda tak kisah maka ok ja nak pakai. Sejuk ja. Boleh test time test drive. Persoalan ni pernah ditanya pada kedai aircond dan mereka cakap ada dua kemungkinan dimana kemungkinan pertama kos repair dalam rm400 manakala bagi kemungkinan kedua kos repair boleh mencecah hampir rm2000. Untuk pengetahuan, hanya satu kedai aircond yang kami tanya so betul atau tidak tak tahu lah so mungkin kedai lain boleh dapat harga yang lebih rendah atau silap haribulan adjust apa2 sahaja. Memandangkan kereta memang dah nak jual, ibu saya dah malas nak ambil kisah bab repair ni so dari segi kos repair akan ditukar dalam bentuk diskaun harga kenderaan nanti.
- Masalah lain lebih pada segi kosmetik dimana paham2 lah dah 13 tahun maka ada sesetengah part yang dah tak macam baru keluar kilang.
Kenapa patut beli ?
- Bahagian mekanikal lain selain aircond yang saya nyatakan diatas saya jamin dalam keadaan cemerlang. Interested buyer boleh test sendiri puas-puas dimana tak mungkin secondhand car dealer benarkan anda testdrive sebegitu sekali silap haribulan tak boleh langsung test drive sebab saya dah ada pengalaman.Siap kena halau.hehe. Dalam masa sama saya tak kisah anda jadi beli atau tidak sebab yang penting dua-dua pihak berpuas hati dalam urusniaga ni. Takda saya nak psycho suruh beli macam seller secondhand car.
- Kereta dijamin bebas kemalangan. interested buyer boleh periksa puas-puas atas bawah tepi belakang. Tiada masalah.
- Kereta bebas musibah banjir sebab bukan berada di Kuala Lumpur yang kerap banjir.
- New owner akan mendapat plat baru memandangkan plat lama akan diguna pakai pada SUV akan datang. Samada anda akan mendapat no mengikut pilhan masing-masing adalah tertakluk pada kecepatan urusniaga sebab kalau dah angkat SUV confirm dah kena register plat baru.
Harga?
Nilai semasa kenderaan ini adalah RM53, 000 . Kos untuk repair aircond yang estimated paling mahal pun RM2000.00 (itupun kalau betul rm2000 dan bukan kemungkinan problem pertama yang hanya menelan belanja RM400 ) . So untuk kelapangan minda anda, saya sedia memberi diskaun sebanyak RM4,000 yang mana lebih dari cukup untuk repair. Untuk dari segi interior pula, kos mencantikkan lebih kurang RM2000 maka saya sedia memberi diskaun sebanyak RM2000. Sebenarnya boleh sahaja kami repair dan tanggung kos - kos tersebut namun bila kereta dah memang nak jual, rasa buang masa dan tenaga nak susah-susah lagipun kebanyakan permasalahan lebih kepada selera pembeli. Kalau rasa bunyi aircond annoying boleh repair kalau rasa ok boleh terus pakai dan nikmati penjimatan.
So harga last price yang sedia dilepaskan adalah
Nilai semasa RM 53, 000
Diskaun repair aircond - RM 4, 000
Diskaun kemaskini interior - RM 2, 000
Belanja sirap - RM 1
Belanja sirap - RM 1
HARGA AKHIR = RM 46, 999
Untuk maklumat kereta ini bukan urgent sale cuma bagi pihak new owner kalau nak dapat no plat mengikut pilihan sendiri kena lah stamp the deal sebelum kami beli SUV baru. Itu sahaja. Apapun yang penting jual beli dilakukan dalam keadaan saling redha meredhai dan tiada unsur penipuan. Sebarang kemusykilan boleh tanya saya dan saya akan jawab segala yang saya tahu. Boleh hubungi saya Hanif 0174667745

















